Sunday, September 23, 2012

GAMBAR KENANGAN DI KONVENSYEN EJEN INSURANS HAYAT BUMIPUTERA 2012

22 September 20112, PWTC

"PROFESIONALISME TUNGGAK KEJAYAAN"



Maaf atas kelewatan untuk update blog

Sudah beberapa lamanya saya jarang update blog atas sebab-sebab jadual yang padat. Disini saya ingin menyampaikan sesuatu dengan apa yang saya rasa amat penting untuk kita perlu tahu. Baru-baru ini saya terjumpa keratan akhbar yang mengatakan tentang bangsa saya sendiri, bangsa yang masih kekurangan ilmu pengetahuan tentang ilmu insurans yang dimana telah di gunakan sepenuh manfaat oleh bangsa-bangsa yang lain. Ramai di antara kita yang masih belum mempunyai insurans atau pun mereka tidak sedar apakah kebaikkan polisi yang mereka perlukan daripada seseorang ejen insurans. Keratan akhbar ini menceritakan segalanya, bangkit lah wahai bangsaku, AKU DISINI HANYA INGIN MEMBANTU KAMU WALAU HANYA SEBESAR ZARAH.

Tuesday, July 17, 2012

TIGA PERKARA yang akan tetap menjadi rahsia ALLAH Sehingga HARI KIAMAT:



1) JODOH
2) REZEKI
3) AJAL DAN MAUT

Maka berserahlah kamu kepada ALLAH ssguhnya DIA Maha mgetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA...

Saturday, April 28, 2012

Hadith Nabi Muhammad S.A.W kpd Saidina Abu Bakar berkata,


"Jadikanlah kehidupan kamu spt seorang perantau. Jgn menanti waktu pagimu bertukar menjadi kepetang dan jgn menanti waktu petangmu bertukar menjadi pagi".
Bermaksud, lengkapkanlah waktu mu secukupnya,Sediakanlah waktu sakitmu dimasa sihat dan waktu matimu dimasa hidup sebaik-baiknya.

Monday, April 23, 2012

Apa yang anda mahukan dalam Insurans?

Saya selesa meletakkan diri saya ditempat pelanggan saya. Contohnya seperti apa yang saya mahukan daripada Syarikat Insurans dan Ejen Insurans? 

Syarikat Insurans


  • Kekuatan syarikat Insurans itu sendiri untuk kita berasa yakin. Syukur Alhamdulilah MCIS ZURICH mempunyai kekuatan yang tidak perlu disangkal lagi. Untuk lebih lanjut, sila klik rujukan dibawah ini:  http://www.mciszurich.com.my/asp/FinancialReport/AnnualReport.asp 


Ejen Insurans

  • Servis
  1.  Ini yang saya lebih tumpukan. Dikala pelanggan sedang sakit, saya mahu antara orang yang paling rapat disisi mereka. Contohnya seperti melawat keadaan mereka, cuba menyelesaikan "claim2" yang  sepatutnya dibuat. Saya percaya, tanggapan orang ramai tentang Insurans sudah mula tinggi dan apa yang mereka mahukan hanyalah servis yang bertaraf dunia. Cepat, Cekap dan Terbaik !!! Itu yang saya mahukan jika sebagai pelanggan daripada ejen.
  2. Sometimes its not all about Insurance but if any request that clients want me to helping them, Yes I'm willing to assist as best as i can. Bak pepatah Melayu," Ringan sama dijinjing,Berat sama dipikul".
  • Amanah & Tanggungjawab
  1. Bila bercakap tentang kewangan, ini antara salah satu faktor yang serius untuk kita perlu ambil berat. Amanah dan Tanggungjawab kita sentiasa diperhatikan Allah SWT terhadap perniagaan yang dijalankan. Contohnya seperti jika clients memberikan wang untuk kita tolong pergi uruskan, hendaklah menjadi tanggungjawab saya melakukannya secepat mungkin. Selain itu, tanggungjawab saya jugalah untuk menasihati apakah pelanggan saya perlu lakukan dengan keadaan kewangan mereka. 
  2. Amanah juga sentiasa disimpan sebagai rahsia peribadi pelanggan seperti contoh tentang butir-butir polisi mereka, nama-nama pewaris dan sebagainya (walaupun mempunyai pertalian darah dengan saya).Rahsia tetap rahsia!!!
InshaAllah, saya cuba yang tahap terbaik untuk semua pihak.
"BUKAN JANJI TAPI PASTI"  - David Teo-

Sekian.

Friday, April 20, 2012

REBUTLAH 5 PERKARA SELAGI DIBERI KESEMPATAN OLEH ALLAH SWT

 

 1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
... 4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.

1. Sihat sebelum sakit – Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.

2. Muda sebelum tua – Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.

3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan anda mengadapNYA.

4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.

5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.

Semoga kita menjadi hambaNya yg tidak RUGI...

Pengajaran buat kita bersama

Saya bukan manusia yang BAIK, Tapi saya nak jadi BAIK.
Saya bukan manusia yang SEMPURNA, Tapi saya nak jadi SEMPURNA.
Saya bukan manusia yang BIJAK, Tapi saya nak jadi BIJAK.
Saya bukan manusia yang SABAR, Tapi saya nak jadi seorang yang SABAR.
Saya bukan manusia yang xpernah buat kesalahan, Tapi saya nak belajar daripada kesilapan...
... ...
Sesungguhnya Saya Bukan Manusia Yang Sempurna,
Masih banyak ilmu yang harus saya cari...

Andai ada saya tersalah silap terhadap sesiapa sahaja, harap dimaafkan & ditegur...